“Seandainya
seorang anak Adam (manusia) mempunyai suatu lembah emas, pasti dia ingin
mempunyai dua lembah. Tiada yang dapat menutup mulutnya (tidak ada yang dapat
menghentikan kerakusannya kepada dunia) kecuali tanah (maut) dan Allah berkenan
memberi taubat kepada sesiapa saja yang bertaubat.” (Bukhari & Muslim)
Kita
sentiasa berasa tidak puas hati dan jarang mensyukuri dengan apa-apa yang kita
ada. Belum berkahwin, risau dikata tidak laku. Sudah berkahwin, berkeluh-kesah pula
kerana belum menimang cahaya mata. Sudah dapat seorang, kita mahu menambah lagi
seorang. Sudah dapat ramai anak, timbul rasa serabut pula dengan karenah
anak-anak. Alahai, bilakah agaknya hati kita akan tenang?
Jadi, tepuk
dada tanya hati. Mampukah kita memujuk hati agar kembali menghargai
apa yang ditakdirkan untuk kita? Mampukah kita berhenti berdukacita terhadap
sesuatu yang kita tidak ada? Jika terasa sedih sebab kita tidak mampu
membeli kasut baru, insaflah kerana di luar sana, masih ramai manusia yang
hatta tidak berkaki langsung.
Teringat
kata seorang rakan, jika ingin menjadi orang bersyukur renunglah mereka yang
kurang dari kita. Pastinya kita akan
faham dan sentiasa ingin bersyukur.
No comments:
Post a Comment