Friday 5 October 2012

Sejuk





Hmm… dah hampir sebulan opis ni sejuk…. Kami satu opis level bawah ni  dah rasa macam kat kutub utara jer.  Masing2 merungut dan ada yang sampai tak keruan,  kecuali mamat-mamat yang spesis apa ntah… aku tengok kebal jer dia orang ni.  Tak rasa sejuk ker dia orang ni???   Kalau tutup satu air-cond siap komplen lagi tak berapa nak sejuk.  Agaknya dia orang ni datang dari London, tu sebab kita orang ni rasa dah gigil-gigil sejuk pun dia orang relax jer…  Sampaikan kaki ngan tangan pun dah sejuk `bedi’ kata orang Perak.

Ni ada petua baca kat tenet untuk mereka yang selalu sejuk kaki… Boleh kot kalau nak apply this method untuk tangan dan kaki bagi mereka yang sejuk disebabkan aircond kat opis.

Step 1 : 
Luruskan kaki (buat dalam keadaan berbaring)

Step 2 : 

Lunjurkan hujung jari kaki sejauh yang kita boleh dalam kadar bilangan 5

Step 3 : 
Halakan hujung jari kaki sedekat yang boleh ke arah badan pulak. Buat dalam kadar bilangan 5

Step 4 : Ulang Step 2-3 hingga 10 kali (ataupun hingga dah terasa kaki jadi  panas)

Kalau tak nak buat dalam keadaan berbaring pun tak apa. Masa tengah duk depan laptop pun boleh, dengan syarat kaki kena lunjurkan Tak boleh buat dalam keadaan bengkok.

Tapi kan kalau petua ni buat kat opis boleh ker? Tak ke memalukan jer kalau orang lain tengok???

Thursday 4 October 2012

Cinta


Hmm... betul ke paling senang nak sayang seseorang?? Tapi macamana nak orang yang kita sayang tu, sayang kat kita balik, susah betul kan???. Macam kat sekolah dulu2 ler... boleh dikatakan setiap bulan ada jer orang yang kita suka.. ada jer orang yang kita minat.  Tapi yang jadi masalahnya orang tu bukan nya suka or minat kat kita pun.  Bak kata pepatah orang tua-tua,  cinta monyet semuanya masa kat sekolah ni.


Jadi ended up kita yang jadi gila bayang asyik teringatkan orang tu  jer... Makan tak kenyang, mandi tak basah, pastu asyik tersenyum-senyum sendiri teringat kat orang tu.



At last, pelajaran yang merosot.  So, buat adik2 dan jugak anak2 yang masih kat sekolah tu... tak yah ler nak cintan cintun dulu masa study ni kecuali ler kalau awak memang terror study. Habiskan study sampai universiti so boleh ler buat mak ayah bangga dengan kita kerana kita dah berjaya dalam pelajaran.


Bila dah cemerlang dalam pelajaran gerenti ramai yang minat or usha kita kan!!!???

Syukur



“Seandainya seorang anak Adam (manusia) mempunyai suatu lembah emas, pasti dia ingin mempunyai dua lembah. Tiada yang dapat menutup mulutnya (tidak ada yang dapat menghentikan kerakusannya kepada dunia) kecuali tanah (maut) dan Allah berkenan memberi taubat kepada sesiapa saja yang bertaubat.” (Bukhari & Muslim)
Kita sentiasa berasa tidak puas hati dan jarang mensyukuri dengan apa-apa yang kita ada. Belum berkahwin, risau dikata tidak laku. Sudah berkahwin, berkeluh-kesah pula kerana belum menimang cahaya mata. Sudah dapat seorang, kita mahu menambah lagi seorang. Sudah dapat ramai anak, timbul rasa serabut pula dengan karenah anak-anak. Alahai, bilakah agaknya hati kita akan tenang?
Jadi, tepuk dada tanya hati. Mampukah kita memujuk hati agar kembali menghargai apa yang ditakdirkan untuk kita? Mampukah kita berhenti berdukacita terhadap sesuatu yang kita tidak ada? Jika terasa sedih sebab kita tidak mampu membeli kasut baru, insaflah kerana di luar sana, masih ramai manusia yang hatta tidak berkaki langsung. 
Teringat kata seorang rakan, jika ingin menjadi orang bersyukur renunglah mereka yang kurang dari kita.  Pastinya kita akan faham dan sentiasa ingin bersyukur.