Hmm… dah hampir sebulan opis ni sejuk…. Kami satu opis level
bawah ni dah rasa macam kat kutub utara
jer. Masing2 merungut dan ada yang
sampai tak keruan, kecuali mamat-mamat
yang spesis apa ntah… aku tengok kebal jer dia orang ni. Tak rasa sejuk ker dia orang ni??? Kalau tutup satu air-cond siap komplen lagi
tak berapa nak sejuk. Agaknya dia orang
ni datang dari London, tu sebab kita orang ni rasa dah gigil-gigil sejuk pun
dia orang relax jer… Sampaikan kaki ngan
tangan pun dah sejuk `bedi’ kata orang Perak.
Ni ada petua baca kat tenet untuk mereka yang selalu sejuk
kaki… Boleh kot kalau nak apply this method untuk tangan dan kaki bagi mereka
yang sejuk disebabkan aircond kat opis.
Step 1 :
Luruskan kaki (buat dalam keadaan berbaring)
Step 2 :
Lunjurkan hujung jari kaki sejauh yang kita boleh dalam kadar bilangan 5
Step 3 :
Halakan hujung jari kaki sedekat yang boleh ke arah badan pulak. Buat dalam kadar bilangan 5
Step 4 : Ulang Step 2-3 hingga 10 kali (ataupun hingga dah terasa kaki jadi panas)
Kalau tak nak buat dalam keadaan berbaring pun tak apa. Masa tengah duk depan laptop pun boleh, dengan syarat kaki kena lunjurkan Tak boleh buat dalam keadaan bengkok.

Tapi kan kalau petua ni buat kat opis boleh ker? Tak ke
memalukan jer kalau orang lain tengok???